Manggis

Buah Manggis

  Manggis
        Di Malaysia, sememangnya kaya dengan buah-buahan tempatan yang kini semakin mendapat tempat di pasaran antarabangsa. Selain daripada rasanya yang enak, buah-buahan tempatan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan mengandungi khasiat seperti kaya dengan vitamin c yang mana, ianya sangat penting untuk tubuh badan manusia dan ianya setanding dengan buah-buahan yang diimport. Apa yang penting, buah-buahan tempatan mudah diperolehi sepanjang tahun berbanding dengan buah-buahan yang diimport. Selain itu, harganya juga berpatutan dan boleh diperolehi di setiap daerah di Malaysia.

Oleh kerana rasanya yang enak, pelbagai cara juga boleh kita nikmati buah-buahan ini seperti boleh dijadikan sebagai jus minuman dan sebagainya mengikut kreativiti dan cara individu itu sendiri. Ada pelbagai cara untuk menikmati buah-buahan dengan lebih menyelerakan. Misalnya, jika ingin menjadikan pemanis mulut, boleh letakkan ais krim di atasnya atau tambahkan dadih tetapi pastikan jangan terlalu manis terutama jika makan mangga kerana buah itu sendiri sudah pun manis. Untuk mendapatkan tidur yang lebih tenang dan berasa rehat, ada juga yang mencadangkan minum susu panas terlebih dulu, kemudian barulah makan buah kiwi.

Selain itu, antara buah-buahan yang unik serta menarik seperti buah naga dan juga dikenali sebagai “dragon fruit” kerana kulitnya berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga. Disebalik rupanya yang unik ini, ia juga terdiri daripada golongan kaktus dan tanpa disedari ianya semakin mendapat tempat dikalangan petani moden di Negara kita, Malaysia. Ini kerana, masyarakat kini telah menyedari tentang keistimewaan buah naga dari segi penjagaan kesihatan di mana, menurut kajian buah naga ini boleh mencegah kita daripada penyakit nombor 1 iaitu kanser usus serta mampu mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah dan pada masa yang sama ia menurunkan kadar lemak dalam badan manusia. Disebabkan harganya yang agak mahal, kini rakyat Malaysia disarankan untuk menanam sendiri buah-buahan ini kerana, ianya senang untuk dijaga.

Selain buah naga, terdapat juga buah-buahan yang kaya dengan khasiat semulajadi dan ‘antioksida’ seperti buah manggis. Pelbagai khasiat buah manggis yang kita ketahui dan serba sedikit tentangnya.

 Khasiat Buah Manggis

Selama berkurun, masyarakat yang tinggal di Asia tenggara memakan buah manggis disebabkan rasanya yang sedap. Selain mempercayai bahawa buah ini mampu merangsang kesihatan tubuh. Dipercayai bahawa manggis berasal dari kepulauan Sunda dan Moluccas di Indonesia. Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F. Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki). dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buahBuah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

 Terdapat banyak khasiat dan kebaikan manggis terhadap kesihatan tubuh. Kandungan flavonoid dan flavon di dalam isi buahnya dikatakan mampu merangsang antioksidan lain termasuklah vitamin C dan E. Ini sekaligus memnguat sistem imun tubuh. Dari hasil satu penyelidikan, buah asli Asia Tenggara, buah ini dikatakan dapat menghasilkan xanthone iaitu zat yang berbentuk dari hasil penyisihan kulit manggis. Xanthone mempunyai aktiviti antiinflamasi dan antioksidan. Alpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik dari ubat anti inflamasi lain.

Xanthone jenis ini juga dikatakan mampu menhindarkan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti arthritis dan Alzheime serta bermanfaat mencegah sel kanser dan tumor. Kandungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria. Manggis juga mempunyai Cathechins, Polifenol dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti kulat.Selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.

Isi buah manggis selamat dimakan kerana tidak mempunyai sebarang pengawet mahupun gula yang telah ditambah. Hakikatnya gula yang terdapat di dalam jus manggis adalah jenis fruktosa iaitu gula semulaa jadi yang diperoleh dalam buah.

 

Bantu stabil sistem pencernaan

Pengambilan kira-kira 3m ml jus manggis setiap hari dikaatakan mampu membantu kesihatan tubuh. Sistem percernaan menjadi lebih stabil dan tubuh mampu mendapat penyerapan zat yang lebih baik. Jus manggis memberi tenaga pada sistem peredaran dan dikatakan mampu membantu menghapuskan kolesterol jahat pada tubuh dengan kandungan asid amino perlu. Selain isi buah manggis yang banyak kasiat. Bahagian lain juga boleh digunakan untuk tujuan ubatan. Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit.

Kulit manggis mempunya Tanin, Resin, dan Crystallizable Mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether/ ester, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di Makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether. Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia Purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari Tristearin dan Oleic Glycerides dan Asid Myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji. Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.

 Masyarakat Cina menggunakan kulit pokok manggis bagi mebgubat cirit-birit. Kulit manggis yang telah direbus dikatakan mampu dijadikan ubat sapu bagi melegakan masalah sistitis, gonorea kronik. Manakala kulit manggis yang telah direndam semalaman dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan masalah cirit-birit kronik. Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat disenteri (jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan pengeluaran mukus). Ramuan serbuk kulit manggis telah dijadikan minyak pula mampu dijadikan ubat sapu masalah kulit seperti ekzema. Daun dan kulit pokok manggis pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi merawat masalah jangkitan seriawan, cirit-birit, disenteri dan masalah urinari. Air rebusan akar pokok manggis pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi mengatur haid. Ekstrak kulit yang dikenali sebagai ‘aminiasine’ pula dikatakan mampu dijadikan ubat bagi rawatan ameba disenteri.

 Khasiat Buah Manggis Untuk Jantung

Sebenarnya banyak sekali manfaat dan khasiat buah manggis yang bisa kita dapatkan. Namun beberapa orang kebanyakan memanfaatkan manggis sebagai obat alternatif untuk pengobatan penyakit jantung yang aman dana tanpa menyebabkan efek samping. Namun selain baik untuk kesehatan jantung, kandungan yang ada di dalam buah manggis ini juga baik untuk menyembuhkan penyakit jantung, stroke, diabetes, darah tinggi, ginjal, dan beberapa penyakit berat lainnya. Untuk itu bagi anda yang memiliki beberapa gejala akan penyakit yang sudah dijelaskan ada baiknya juga mengkonsumsi buah manggis ini untuk menyembuhkan dan untuk kesehatan tubuh juga.

 Kesimpulan

Oleh itu, pelbagai usaha kerajaan seperti yang dilakukan oleh industri kecil tempatan dan sederhana (IKS), telah mengusahakan tanah bagi tujuan pertanian untuk memberi peluang kepada petani untuk meluaskan lagi perniagaan dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada orang lain khususnya para graduan serta dapat memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang pertanian dan perniagaan. Ini kerana, buah-buahan tempatan juga telah banyak membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi Negara dan secara tidak langsung, ia akan membantu menambahkan lagi pendapatan dan peluang pekerjaan untuk warga petani serta masyarakat luar bandar khususnya. kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.

contoh bibit buah manggis siap tanam

 Manggis

 Manggis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy this password:

* Type or paste password here:

3,083 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>